
Firstly, sorry kalau di sepanjang blog saya ini seolah-olah tiada saya menerangkan secara detail teknik trading saya. Tetapi sebenarnya, apa yang saya cerita, dan dalam setiap cerita itulah yang menggambarkan gaya trading. Dan ia adalah lebih penting dan perlu dipersiapkan dahulu sebelum trade. Ada beratus kaedah trading, dan semuanya bagus. Tetapi, terpulang pada diri kita yang satu ini, bagaimana kita handle our emotion, bagaimana kita mendisplinkan diri semasa trade.
Siapa kita di kehidupan luar, begitulah juga kita semasa trading menghadap PC. Jika di luar kita emosional, maka di depan PC kita juga akan emosional. Dan ia sangat membahayakan diri sendiri (juga pastinya membahayakan duit dalam trading account).
Kali ini berbicara kita tentang emosi di jalan raya. Saya akui dulu pun saya agak emosi bila pegang stereng. Apatah lagi, masa tu pakai kereta kecik, tapi ego dia boleh tahan besarnya. Tapi sikit demi sikit saya cuba perbaiki. Saya cuba train and control my emotion. Setiap orang ada emosi, especially rasa anger. Tapi, terpulang sama ada kita nak jadikan dia berterusan mengawal kita, atau kita mengawal dia.
Antara tips yang saya cuba praktiskan untuk mengawal emosi semasa memandu ialah dengan cuba banyak 'memberi'. Sebenarnya, di jalanraya juga adalah tempat untuk kita banyak memberi, bukan setakat kat tabung masjid je. Kan kita disuruh banyak memberi. Memberi bukan semestinya cash money, atau duit sedekah dan derma. Kita boleh memberi laluan kepada kereta yang nak masuk lane depan kita. Kita boleh memberi ucapan terima kasih dan senyuman sambil angkat tangan, kepada orang lain yang bagi kita jalan.
Banyakkan memberi, kerana kita akan lebih banyak menerima di kemudian hari, juga lebih lancar dalam perjalanan kita. Kalau ada orang yang memang dah terdesak nak potong lane pun, jangan terus naik angin, dan cocok kereta depan, just bagi jer laluan, sebab ada beberapa kemungkinan; maybe dia first time lalu jalan tu, dan tak biasa dengan trafik di situ, so last minit decision terpaksa potong Q; atau dia ada emergency; atau dia memang kategori kurang ajar yang kaki potong queue selalu. Untuk yang kaki potong Q ni (dan biasanya dia akan buat muka selamba tak bersalah), doakanlah dia moga berubah. In case dia tak berubah pun, just yakin bahawa Tuhan Maha Adil, serahkan pada Dia. Andai dia selalu mengambil 'hak orang lain' secara sengaja, anytime Tuhan boleh ambil 'hak' dia. Kalau dia dengan bangganya rasa dapat jimatkan masa dia, tapi sebenanrnya tidak, kerana dia sentiasa rasa tak pernah cukup masa. Bukankah 'masa' itu hak tuhan, dia boleh panjangkan, juga dia boleh pendekkan bagi setiap individu itu.
Kalau tuhan nak takdirkan accident pun, anytime boleh happen. So, sentiasa minta perlindungan Nya, dan tak perlu nak berlagak dengan pemandu lain. Dan tak perlu merasa hebat di jalan raya walau sebesar mana CC kereta kita, kerana Dia lagi Maha Besar. Kalau ada kereta kancil tengah memotong lori sedaya upaya dah tekan minyak habis dah, tak perlulah nak bagi lampu tinggi suruh kancil tu ke tepi cepat-cepat. Kan lebih elok tekan brek dan bagi chance kancil tu habis memotong. Learn to respect.
Cerita saya kali ini tentang gaya pemanduan di jalan raya kerana baru baru ini saya baru melawat ke negara jiran. Dari segi infrastruktur kita jauh lebih maju dan moden. Tapi dari segi budi bahasa, saya rasa mereka jauh lebih menghormati pemandu lain, tak kira besar atau kecil kenderaan itu, mereka tak pentingkan diri sendiri. I wish semua pemandu kita akan berubah menjadi lebih baik and start respect each other.
TRADING
Alhamdulillah terus positive. Walau harga emas masih menurun. Hujung-hujung tahun ni, festive season lagi, maybe market tak seaktif seperti biasa nanti. Apapun kita akan terus trade seperti biasa.
Jika diperhati statement kali ni, ada few 'kejanggalan'. Error masa masukkan lot size, sebab saya trade guna smartphone. Saya selalu guna PC untuk trade, dan jarang guna phone, tapi ada masanya terpaksa juga trade guna phone sebab masa yang limited dan bukan all the time bawak laptop ke sana ke sini. Apapun, just a little technical error dan profit still positive.
Jika diperhati statement kali ni, ada few 'kejanggalan'. Error masa masukkan lot size, sebab saya trade guna smartphone. Saya selalu guna PC untuk trade, dan jarang guna phone, tapi ada masanya terpaksa juga trade guna phone sebab masa yang limited dan bukan all the time bawak laptop ke sana ke sini. Apapun, just a little technical error dan profit still positive.
No comments:
Post a Comment