Monday, 4 November 2013

Teka-teki: Antara siang dan malam, mana yang first?



Kali ni nak bagi teka teki sikit. 
Antara siang dan malam, mana yang lebih dulu?

Rasanya ramai yang dah tahu, but sekadar nak sharing bagi yang belum tahu lagi atau belum dengar. Bukan apa, sebab ada juga kawan-kawan saya pun masih ada yang kurang jelas tentang perkara ini.

Dalam zaman hari ini kita dibiasakan dengan istilah 'siang malam', atau 'day and night'. Biasanya siang di dahulukan, dan malam dikemudiankan. Contohnya, bekerja siang dan malam. Jarang turutan yang diterbalikkan menjadi 'malam siang'.

Memang di akhir zaman banyak perkara cuba dikelirukan, cuba diterbalikkan, dipusingkan, supaya orang confuse. Maybe sesetengah benda tu bukan benda besar, just perkara kecil je. Tapi, dari benda-benda kecik juga memberi kesan kepada benda-benda besar lain.

For the Muslims, kita mesti pernah dengar antara tanda-tanda hampirnya hari kiamat adalah matahari akan terbit secara terbalik, dari barat ke timur. Di sini, ada yang mentafsirkan bahawa selain maksud zahirnya, ia juga memberi mesej bahawa banyak isu dan perkara dalam kehidupan seharian yang sudah terbalik. Zaman di mana fitnah berleluasa. Antaranya yang jahat dinampakkan elok, yang baik dinampakkan jahat di mata masyarakat. Sebab tu perlu melihat dengan mata hati. Termasuk juga dalam matawang. Wang dari helaian kertas dipandang tinggi nilainya, manakala matawang emas dan perak cuba direndah serendahnya nilainya. Tetapi walau apapun, mereka tak akan dapat melawan hukum alam selamanya. The truth will always prevail, walaupun maybe ambik masa.

Dan kita sedang hidup di zaman yang akhir itu.

Berbalik kepada tekakteki di atas.
Jawapannya, yang terlebih dahulu adalah waktu malam. Setiap hari baru bermula pada waktu malam. Bukan detik 12 malam seperti yang di beritahu oleh 'mereka'. Tetapi tatkala detik waktu Maghrib menjelang maka bermulalah hari baru. Sebab itu solat terawih bermula pada malam sebelumnya. Even masyarakat Cina pun makan besar pada waktu malam pada tahun baru, bukannya makan pagi or breakast pada chinese new year. Banyak juga ayat dan surah dalam kitab suci yang mengangkat kelebihan waktu malam. Waktu yang sangat penting dalam beribadah dan mendekatkan diri kepada Nya. Walaupun dalam budaya kita sering dimomokkan, bahawa waktu malam adalah waktu meyeramkan, waktu banyak hantu keluar, dan banyak cerita mengarut lain didendangkan. Tiba masanya untuk menghayati dan memanfaatkan waku itu sebaiknya.

Dimulakan pada waktu malam untuk manusia berehat dan recharge tubuh badan, physically and mentally, jasmani dan rohani, supaya waktu siang dapat semaksimumnya digunakan untuk mencari rezeki. Baru produktif dan hasil rezekinya maksimum. So, setting time and date dalam kita punya mind kena betul, supaya alignment tak lari.

Ramai orang sedia maklum tentang fungsi dan keupayaan matahari yang panas terik, tapi jarang orang ambil endah tentang keupayaan bulan yang lebih kelihatan 'soft' tetapi tetap powerful.

Sekadar perkongsian dari saya memandangkan kita bakal menyambut maal hijrah. Persiapan sambutan juga adalah pada waktu sebelum dan selepas maghrib. Bukannya detik 12 malam seperti budaya 'mereka' pada setiap kali new year. 

Kerana dengan terbenamnya matahari maka bermulanya hari baru. Bermulanya juga tahun baru nanti.

Salam Maal Hijrah.


TRADING.
Alhamdulillah, terus positif. 
Sila rujuk statement.



No comments:

Post a Comment