Monday, 11 November 2013

Fear & Greed, OR, Redha & Syukur?


Bagi siapa yang pernah trade, atau biasa dengan dunia pelaburan, pasti biasa mendengar istilah ini, Fear vs Greed (Ketakutan vs Ketamakan). Istilah yang popular digunakan oleh dunia trading barat terutama di Wall Street. Takut kalau rugi. Takut kalau harga melawan kehendak kita. Takut nak cut loss. Takut nak collect profit banyak-banyak bimbang kalau harga bertukar arah. Takut pada banyak benda yang tak pasti. Pada masa yang sama juga ada rasa tamak. Tamak nak collect sebanyak yang mungkin. Tamak nak cepat kaya. Kalau boleh sebulan nak profit lebih 500%. Tamak nak trade siang dan malam kalau boleh 24 jam sehari menghadap screen. Tamak sampai bukak lot besar. Tamak sampai tak ada target nak achieve, nak kaut semua.

Dan ada masanya, situasi yang sepatutnya fear, timbul rasa greed. 
Dan ada masanya, situasi yang sepatutnya greed, timbul pulak rasa fear.

Akhirnya trading menjadi aktiviti yang sangat stressfull. 
Untuk long term, ramai yang tak dapat bertahan. 

Di sini saya nak kongsi tentang pengalaman sebenar saya sendiri bagaimana  menghadapi situasi ketika trading.
Saya lebih suka menggunakan konsep REDHA dan SYUKUR.

Bukan sekadar dalam trade. 
Tapi perlu dipraktiskan dalam hidup kita seharian, walaupun kita bukan seorang trader, tak kira apa pekerjaan kita.

Tidak kira profit kita besar atau kecil, redha dan syukur. Andai kita terlepas peluang baik punya untuk trade, bila mana buka PC tengok harga kita dah terlepas, sebenarnya tiada istilah 'terlepas' profit. Setiap pips itu rezeki. Dan kita semua maklum, rezeki itu Tuhan yang beri dan telah ditentukan, never never argue dengan ketentuan tuhan. 

Saya lebih prefer untuk mengunakan istilah mendoakan dan mensedekahkan. 
Give and let it go.

Kalau ada pergerakan harga yang terlepas, atau bila kita dah closed lebih awal, ikhlaskan dalam hati dengan mendoakan "Moga ada trader lain yang mendapat profit yang banyak tadi, semasa aku tak trade. Dan moga mereka mendapat profit positif yang sangat banyak!". Ingat, jangan sesekali rasa terkilan atau tak puas hati, kerana ianya bukan sesuatu yang positif.

Andai kita dah buat keputusan terbaik, tetapi tiba-tiba harga berubah arah, dan tak seperti diharapkan lantas menjadi negatif, lantas menghampiri stop loss, maka ikhlaskan dalam hati dengan redha untuk "Aku sedekahkan sebahagian rezekiku kepada trader lain. Alhamdulillah, walaupun akaun ku berkurang tapi aku masih ada baki positif untuk meneruskan trade, dan moga tuhan menambahkan rezekiku lepas ni, diberikan entry yang tepat, juga ditunjukkan exit yang tepat." 

Harus diingat, dalam rezeki kita ada yang sebenanrnya milik orang lain, so accept it. Even, duit kita yang kita rasa kita punya pun, sebenarnya cuma 'pinjaman sementara', so tak perlu rasa 'ini semua aku yang punya'. Jangan begitu, mungkin sebahagiannya Ahmad Albab yang punya.

Mungkin untuk permulaan, agak janggal, dan nampak macam susah nak telan. Tapi biasakan agar ia menjadi kebiasaan. Yang penting kena ikhlas di lubuk hati, bukannya fake, sekadar di luaran kulit hati.

To get something, we must give first. 
Berikan dan lepaskan rasa ikhlas.
Berikan dan lepaskan rasa redha.

Lepaskan rasa ego, admit setiap kesilapan kita.

Setiap pergerakan pips adalah rezeki. 
Setiap rezeki sudah tertulis di luh mahfuz sebelum kita lahir lagi. 

Jangan sesekali mempersoal qada dan qadar andai hari itu kita negatif atau rugi. Jangan pula lupa membangga diri tatkala hari itu kita positif dan untung besar.

Sentiasa redha dan syukur.

Segalanya datang dari Dia. Dia yang memberi. Bila-bila masa Dia boleh rampas balik. 
Bila-bila masa Dia boleh bagi walau sebesar mana jumlahnya, tiada yang mustahil bagi Dia.
Kerana Dia Maha Kaya.


TRADING.
Alhamdulillah terus positif. Harga gold turun lagi. Mungkin dalam masa terdekat ni 'diorang' nak tekan serendah-rendahnya selagi yang mampu. Kita tengok sampai bila mereka boleh bertahan.

No comments:

Post a Comment