Monday, 14 October 2013

Admire, jangan cemburu



Salah satu pesanan yang saya sentiasa ingat dari mentor saya, dalam kita membentuk pemikiran seorang yang berjaya, adalah tentang bagaimana pandangan dan penilaian kita terhadap orang lain. Terutama pandangan kita kepada orang yang lebih kaya dan berjaya dari kita.

Sebab, pada zaman ni pun masih ada segelintir yang tak boleh tengok orang lain lebih, walau sikit. Kalau boleh biar orang lain lebih 'dibawah' atau at least sama kedudukannya dengan mereka yang hidup 'biasa-biasa' tu.

Jangan sesekali jeles, cemburu atau hasad dengki. Zaman itu semua dah berlalu. Andai ada lagi segelintir spesis itu dalam bangsa kita, kita doakan mereka insaf segera, sebab kesian...


Admire dan contohi mereka orang yang kaya dan berjaya. Saya ambik contoh paling mudah, contohnya dalam bab kereta. Kalau orang tu pakai kereta mewah, doakan dia lebih berjaya dan doakan juga kita boleh pakai kereta yang bagus dan selesa juga seperti mereka, yang penting disusuli dan disertai usaha. Jangan kita pandang serong, dan terdetik dalam hati 'Elehhh, baru pakai kereta besar sikit dah berlagak'... 'Daripada pakai kereta mahal-mahal macam ni kan lebih baik sedekah kat anak yatim ke. membazir je'.. Ayat yang second ni baru je saya terdengar beberapa hari lepas. Lalu saya menjawab kat dia "Mungkin dia dah sponsor at least 50 rumah anak yatim secara tetap tiap tiap bulan, dan dalam diam-diam. Dan bakinya dia beli kereta tu, kita tak tahu berapa dia punya net worth setiap bulan, jangan dibandingkan dengan income orang lain yang biasa-biasa tapi jarang sangat sedekah kat rumah anak yatim..." Even kalau dia tak buat seperti yang kita harapkan pun, better doakan dia berubah moga terbuka hati. Dan lebih baik jika kita yang kaya seperti dia, dan kita dapat menyumbang kepada masyarakat dalam jumlah yang besar.

Thats why orang kaya semakin kaya, dan orang miskin dan golongan pertengahan semakin miskin.
(Kaya di sini merujuk kepada 'orang yang betul-betul kaya', bukannya 'orang yang nampak macam kaya'.)

Yang paling penting adalah corak PEMIKIRAN kita.

Always think positive pada sekeliling.

Barulah kita pun boleh ikut jejak langkah mereka.. 


TRADING
Last week, antara berita yang menarik Federal Reserve bakal diterajui oleh Janet Yellen, jika dipersetujui  senat nanti, menggantikan Bernanke. Beliau wanita yang pertama dalam sejarah menerajui institusi besar itu. Sudah pastinya 'plot dan skripnya' akan ada kelainan, apabila hero diganti heroin. Apapun, 'tuan director' tetap sama, cuma kita belum tahu 'corak sinematografi' yang bakal dicorakkan dalam pasaran dunia selepas ini. Kita tunggu dan lihat. Last week, harga gold menjunam lagi, lebih rendah dari tahap minggu sebelumnya. Kaw-kaw punya jatuh. (Elok jugak, boleh ramai-ramai buat rombongan cik Kiah ke kedai emas berhampiran). Tak lama lagi Deepavali bakal tiba, dan sebagaimana semua maklum negara India antara pengguna emas fizikal terbesar, terutama dalam barang kemas. Permintaan pastinya tinggi menjelang musim perayaan itu. Pelik juga kan, dalam permintaan yang semakin meningkat hari ini dari negara utama seperti China dan India, harga semakin turun. Prinsip demand vs supply tak berfungsi sepenuhnya, ada yang mengganggu keseimbangannya, ia bukan dalam pasaran free market lagi. Juga ada yang bermain politik dan mengatur peraturan tertentu tentang import export emas di negara India. Segmen paper gold juga membuka ruang kepada pihak berkepentingan untuk meletakkan harga gold di tahap yang mereka ingini. (time nilah 'mereka' boleh diam-diam, beli banyak-banyak pada harga murah). Juga ada mesej yang ingin 'mereka' sampaikan tentang ekonomi di US dan masa depannya.

Apapun, trading kita terus positive. Alhamdulillah.


p/s:
Kepada yang menghantar email dan request ingin menyertai, buat masa ini saya belum membuat pengambilan baru. I need to focus on trading, jadi pengambilan bukan secara berterusan. Insyaallah akan datang bila tiba masanya nanti saya akan umumkan dan hubungi anda. Terima kasih di atas minat dan sokongan yang anda berikan. I appreciate it.


2 comments:

  1. salam
    saya salah seorang peserta tuan blog nie...
    alhamdulillah tuan punya blog nie belum buat saya hampa...walau berapa pon untung sedekahkanlah sedikit keuntungan kita tu...kerana kita perlu ingat sebahagian daripada rezeki tu bukan hak kita....keep moving tuan blog...u r da best.....

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih di atas sokongan yang diberi.

    ReplyDelete