Friday, 6 March 2015

Focusing on the breath



Ingin saya kongsikan satu petikan:

"The simple process of focusing on the breath in a relaxed manner,
in a way that teaches you to regulate your emotions 
by raising one's awareness of mental processes as they are happening,
is like working out a bicep,
but you are doing it in your brain."

Fadel Zeidan, University of North Carolina


Salah satu 'skill' yang perlu diberi fokus dan diasah oleh seorang trader ialah dalam pernafasan.
Ianya benda yang tersangat basic, yang kebanyakan orang tak pernah ambik kisah.

Kita tak diajar untuk memberi perhatian padanya, sebab lahir je kita dah automatik terus bernafas.
Sampai masanya untuk kita fokus dan hargai benda basic yang dipanggil bernafas.
Imagine, apa jadi jika nafas terhenti..
Sebenarnya benda basic itu sangat penting dan besar peranannya dalam hidup.

Memang pada kebanyakan masa kita bernafas dalam mode auto..
cuba sesekali, guna 'gear manual' masa bernafas..

Fokuskan sepenuhnya pada pernafasan kita..
Apa yang dirasa..apa yang didengar..sepenuh deria menikmati pernafasan itu.
Minda yang alert semasa menarik nafas.
Minda yang alert semasa menghembus nafas.
Yang disertai dengan rasa kesyukuran, kerana saat itu kita masih bernafas.
Semasa proses itu, buat tuning dan setting dalam minda dengan programming yang positif dan membina..sedar dan yakin yang kita mampu mengawal pernafasan dan emosi kita.
(semuanya dengan izin Nya)

Jika udara yang kita tak nampak kita boleh kawal keluar masuknya..
Begitu juga emosi yang kita tak nampak, sebenarnya kita boleh kawalnya juga.
Sekurang kurangnya beberapa minit dalam sehari, buat exercise pernafasan dalam 'mode manual'..

Dalam trading, emosi akan wujud.
Kita manusia, dan emosi antara faktor penggerak kita.
Kita tak boleh menafikan kewujudan emosi dalam diri.
Kerana menafikan kewujudan emosi umpama membohongi diri.

Tidak mudah untuk 'trade without emotion'..
tapi lebih mudah untuk 'trade with calm and peace emotion'.

Yang penting dan  utama, bagaimana to control the emotion.
Macamana nak menjinakkannya.
Macamana nak suruh dia 'duduk diam', at least seketika,
semasa kita nak buat decision making pada moment penting itu.
Moment yang akan menentukan profit atau loss hasilnya.

Dalam kita membaca ayat suci pun kita disuruh membacanya satu persatu dengan tartil..
tidak tergesa gesa.. nafas demi nafas..
dan membaca ayat quran merupakan antara exercise terbaik untuk minda kita.

Kalau body nak pastikan ianya fit,  kena rajin exercise, sama ada di gym atau outdoor activity..
Untuk minda, mesti ada exercise juga..
Kalau minda tiada exercise, dah lama berkarat, pasif, 'banyak lemak', ia tak akan berfungsi dengan sebaiknya..apatah lagi apabila ia diperlukan dalam saat kritikal seperti menganalisis dan membuat keputusan dalam trading.

Banyakkan exercise minda kita..tiap hari..tiap waktunya..at least 5 waktu tu, tu yang paling basic.
Exercise yang betul caranya, bukan sekadar cukupkan syaratnya.

1 comment:

  1. Salam,
    Satu panduan yang bermanfaat dan berguna tuan.

    ReplyDelete