Monday, 30 November 2015

Update 30 Nov 2015

Tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar untuk kebanyakan pihak merangkumi politik negara, ekonomi, etc..
Tapi, tak sangka juga, untuk diri saya secara personal juga ia tahun yang sangat mencabar, apatah lagi dengan beberapa ujian besar yang perlu ditempuhi.,terutama melibatkan hal peribadi.
Mungkin ia jadi titik tolak baru dalam hidup saya menjelang 2016 ini.

Update tentang payment pula..
Ingin dimaklumkan, akan ada kelewatan dalam pembayaran.
Sebelum ini sepatutnya dah bayar sebahagian..
nampaknya saya belum dapat tunaikan janji.

For info: Belum ada payment untuk November.

Seperti yang diumum sebelum ni.
tempoh terakhir saya cuma ada hingga Disember 2015 ni saja untuk settlekan semua payment, modal dan profit anda.
Itu saja tempoh talian hayat saya sebelum akan ada yang terus hilang sepenuhnya kesabaran dan kepercayaan.

Saya tahu, kelewatan dan penangguhan payment menyusahkan ramai pihak.
Apatah lagi ia mengganggu budget bulanan anda, terutama yang terdesak dan urgent nak pakai duit.
Saya akui saya rasa malu dan sangat bersalah kerana menjadi penyebab kesukaran financial anda.

Ada benda yang bukan dalam kawalan saya.
Yang tu menjadi cabaran untuk saya handle dan cari solution.
Ia masalah saya..bukan masalah anda..jadi saya yang kena cari jalan..pandai pandaila dengan cara apa sekalipun.
Ia ujian untuk saya sekarang..harap di dalam tekanan ini, saya masih berjalan di jalan yang lurus.
Saya cuma ada satu pilihan iaitu untuk settlekan semua payment dalam tempoh 30 hari dari sekarang.

Tiada pilihan lain.

Ada yang sms menyatakan  risau  what if tertangguh lagi?
And betul ke akan dapat balik duit modal dan profit? Takut jadi macma program lain...
Saya sikit pun tak salahkan kebimbangan anda.
Sebab saya pernah berada di tempat anda, bila mana program yang saya join tak seperti yang diharapkan. yang lebih mengecewakan lagi dengan program itu, ia terus senyap dan tak dapat dihubungi..duit burn begitu saja, sesen pun tak dapat apa.

Anda jangan risau dengan program ini, anda still boleh contact saya untuk status terkini.

Untuk makluman anda..
Setiap sen duit anda bukan hak saya. Amanah yang besar untuk saya settlekan. As a muslim saya percaya hari akhirat, yang mana saya akan ditanya jika saya mengambil hak orang lain yang tak sepatutnya, dan saya perlu pulangkan duit anda even seposen. Juga saya percaya, ia consider hutang, amanah dan tanggungjawab saya. In case ditakdir saya mati hari ini, roh saya tak akan diterima langit or bumi..

Ia beri  implikasi yang sangat besar, jika saya tak settlekan benda ni.

Compare hidup kat dunia ini sangat kejap..compare akhirat kelak yang eternity, usia tiada penghujung. Surely saya akan pastikan amanah ini di settle dengan terbaik.
Sekarang ni pun saya rasa dah cukup menyusahkan anda..seolah menganiaya anda..dan doa orang teraniaya akan mudah termakbul, jadi saya harap anda doakan yang terbaik untuk semua pihak.
Moga saya ada kesempatan dipanjang usia untuk langsaikan kewajipan saya.

Saya cuma harapkan sikit masa lagi.
Terima kasih kepada yang memahami,
By end of December..saya ingin langsaikan semua.
Bukan just untuk clearkan kepala saya yang makin tertekan.
Yang paling utama, tak ganggu budget anda.
Tak susahkan hidup anda. Tak bebankan keluarga anda.

Yang belum request dokumen penerimaan deposit, boleh berbuat demikian.
Send nombor ic dan alamat untuk saya poskan.
Laporan November akan dihantar nanti, seperti biasa.
Dan ia adalah laporan terakhir.

Ramai yang menjangka 2016 tahun yang lebih baik..
Moga ia jadi tahun terbaik untuk kita semua.


2 comments:

  1. semoga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, boleh selesai tu...
    This is a steps to looking a new chances...
    Ini pelajaran hidup..
    The most important things is yr asset...kejujuran

    ReplyDelete