
Semasa orang pertama berjaya pergi ke bulan.
Ada ramai yang mengatakan semua itu karut, bidaah, mustahil, tipu.
(Selepas terbukti, ramai lagi yang was-was dan takut dengan faktor keselamatan penjelajahan angkasa lepas; 'look what happen to Challenger space shuttle tragedy')
Semasa adik beradik Wright mula nak mencipta kapal terbang.
Ada ramai yang mentertawakan dia, mengatakan dia gila.
(Selepas sekian lama penciptaan kapal terbang, masih ramai yang takut nak naik, apabila mendengar tragedi kapal terbang terhempas)
Semasa orang dah ramai menggunakan perbankan online.
Ada ramai lagi yang tak percaya dan tak yakin dengannya, dan prefer kaedah lama.
(Selepas banyak kes isu scam, fraudster dan phising, ada orang yang takut nak gunakannya)
Semasa ada orang yang sudah memperoleh keuntungan dari pelaburan lebih 100% setahun.
Ada ramai lagi yang masih tak percaya, dan prefer kaedah lama yang boleh memperoleh ROI bawah 10% setahun.
(Selepas banyak kes pelaburan internet yang scam, terlalu ramai yang masih tak percaya akan pelaburan era baru di internet, sedangkan jika membuat research dan berfikir rasional (tanpa emosi tamak), masih ada yang betul-betul legal)
BEFORE AND AFTER
Sekarang zaman internet dan online.
Kita sudah berubah dari zaman pertanian, ke zaman perindustrian, dan sekarang zaman IT.
Banyak yang sudah berubah di sekeliling kita, jika kita perhati dan buat perbandingan.
Semuanya SANGAT MUDAH dan SANGAT PANTAS.
Banyak perubahan.
Tetapi pelik, sesetengah pelaburan konvensional seolah-olah tidak berubah dari dulu sampai sekarang.
Statusnya 'keuntungannya' masih di era zaman pertanian lagi? Kenapa?
Adakah kerana ada 'pihak*' yang mahu terus menyekat manusia dari terus kaya?
(*pihak, di sini merujuk kepada dajjal, yakjuj, makjuj, kuncu2 mereka, dan boneka mereka)
(*pihak, di sini merujuk kepada dajjal, yakjuj, makjuj, kuncu2 mereka, dan boneka mereka)
Kerana manusia yang kaya (dan beriman), adalah manusia yang tidak boleh dibeli.
Manusia yang merdeka.
Kita semua dilahirkan merdeka, tetapi apabila semakin dewasa, ada yang memilih untuk 'dirantai' dengan riba pinjaman selama berpuluh tahun. Nama riba 'disedapkan' bunyinya agar nampak halal.
Hanya dengan membiarkan manusia terus miskin atau hidup cukup makan, maka lebih mudah untuk menyesatkan mereka yang sedang tertekan. Manusia itu akan terus mencari yang lain selain Tuhan. Mengagungkan yang lain selain yang menciptakan. Siang malam bertungkus lumus. Walau dengan cara apa sekalipun berusaha mendapatkannya. Mencari, mengagungkan, dan mendapatkan benda dipanggil DUIT.
Nampaknya betullah, janji Iblis tatkala diusir lantaran keangkuhannya semasa Allah menjadikan manusia pertama dahulu.
Janji dia untuk menyesatkan manusia.
Agar manusia mengagungkan benda lain..
Iblis tidak akan menyediakan sebuah patung berhala untuk disembah.
Cukuplah kepingan kertas dinamakan DUIT untuk diletakkan nilai yang tinggi dalam kehidupan.
Ianya 'disembah' tanpa disedari.
Dengan kepingan kertas tersebut, negara berperang, orang sanggup membunuh, keluarga sanggup bermusuh, rompakan menjadi kebiasaan, maruah diri boleh dijual dengan murah, pelacuran berleluasa, rasuah, riba dan banyak lagi.
Betul juga lah, yang kefakiran boleh mendekatkan kepada kekufuran.
Rukun islam sendiri hanya lengkap dipenuhi apabila kita berzakat dan menunaikan haji. Sukar untuk kita melaksanakannya kalau kita miskin. Adakah cukup untuk kita 'melepaskan diri' dari melengkapkan rukun tersebut, dengan alasan mudah 'aku tak mampu'. Rukun itu ada, sudah tentu yang membuat rukun tersebut yakin dan maha mengetahui bahawa, ianya sesuatu yang boleh dicapai.
Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi kaya.
Bukan setakat kaya harta, malah kaya iman.
Agar kita tidak perlu bergantung lagi kepada 'pihak' lain.
Pergantungan kita hanya kepada Allah yang satu.
Adakah selepas menjadi kaya, berakhir di situ sahaja?
Nope.
Its just the beginning.
Its just the beginning.
Yang penting, iman perlu memandu kekayaan yang dimiliki.
Bukan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment