
Alhamdulillah.
Jika anda rujuk post terawal blog ini, pada 2 April 2013 blog ini mula dilahirkan.
Walaupun pada mulanya saya menerima beberapa pandangan serong 45 degree, namun untuk terus ke depan kita tidak perlu terus membiarkan diri diikat oleh orang lain.
Terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda selama ini.
Terima kasih di atas doa dari anda semua.
Walau ramai yang request nak join program ini, dengan email yang diterima hampir setiap hari. Namun, saya akan terus mengikut halatuju yang bersesuaian. Pengambilan yang tidak berterusan. Dalam jumlah yang sangat terhad dan sangat sedikit. Buat masa ni belum plan nak buat terlalu besar, sebab nak buat dalam batasan kemampuan, supaya boleh manage dengan baik, dan fokus kepada trading.. Saya tidak akan buat sebarang promosi atau iklan lagi. Juga tidak akan ada ayat ayat power untuk mencairkan hati hati yang dahagakan kemanisan segera tetapi cuma sementara. Tetapi, kepada pembaca yang baru terjumpa atau terbaca blog ini, bolehlah menghantarkan email, mana tahu akan datang jika ada lagi new opening, saya akan hantar jemputan.
Terima kasih dari saya, kerana dengan sokongan anda semua, tidak kira peserta atau pun silent reader, blog ini kini genap setahun. Maju, kita terus maju, sukses dalam genggaman kita, insyaallah.
No comments:
Post a Comment