
Pernah tengok cerita Zombie..?
or maybe yang local punya, Zombie Kampung Pisang..dan yang latest Zombie Kilang Biskut..
Cerita zombie ada yang dibuat ala ala seram, ada yang kelakar.. Ada yang suka, dan ada yang anggap entah apa apa entah punya cerita.. Sesekali layan jugak cerita macam tu, daripada cerita hantu tahyul yang entah apa apa. Kalau tak pun selain cerita hantu, yang biasa di recycle biasanya cerita cinta dan gangster. Cerita yang ringan tapi penuh mesej, at least better daripada cerita yang gempak dan penuh aksi, tapi kosong.
Ok, bukan nak cerita pasal filem zombie.
Tapi nak cerita pasal zombie yang wujud di planet bumi pada zaman ini.
Dan jika kita tak berhati-hati, kita boleh dijangkiti juga menjadi zombie.
Tanpa kita sedari.
Di sekeliling kita dapat lihat zombie yang sudah diprogramkan menjadi pandai dan boleh berfikir. Zombie itu juga akan patuh pada kebiasaan. Patuh pada rutin. Patuh pada adat dan budaya. Walau apa yang dipatuhi itu bertentangan dengan hukum.
Walau ianya diluar kemahuan..namun umpama zombie dalam TV tu, zombie tiada berdaya dan tiada suara.
Kerana virus kezombiean itu sudah ditanam dan diprogram sejak kecil lagi. Dan membesar dengan program-program yang semakin advance, di tanam dan dirutinkan, step by step hingga ke semua peringkat lapisan masyarakat, hingga ke zombie tahap paling tertinggi.
Biasanya, banyak zombie yang 'makan otak'. Kerana, di situ tempat penaklukan utama.
Yang dalam filem biasanya kita tengok zombie tubuh manusia yang sudah dijangkiti.
Tetapi, sebenarnya yang jauh lebih bahaya, sebab ianya tak nampak ialah;
'zombie dalam pemikiran.'
Apabila masyarakat keliru membezakan antara ilmu dengan pengetahuan.
Apabila masyarakat terus semakin pandai, tetapi hilangnya satu benda yang sangat berharga.
Iaitu 'kesedaran'.
Kesedaran yang semakin cuba dihilangkan dari tamadun manusia.
Hanya dengan adanya kesedaran, akan membawa next action, iaitu keberanian.
Sebab itu kita disuruh untuk solat at least 5 waktu sehari.
Dan benda yang terawal dan wajib walaupun ianya tak nampak ialah niat.
Kerana hanya dengan solat;
Kita akan 'sedar diri'.
Kita alert.
Kita fokus.
Kita berhenti berfikir.
Kita refresh kita punya program dalam otak.
Ramai manusia yang terlalu banyak berfikir dan ianya non stop 24 jam sehari, even dalam tidur pun boleh termimpi-mimpi benda yang difikirkannya.
Tetapi tanpa disedari, pemikiran itu yang mengawal manusia. Bukannya manusia yang mengawal pemikirannya.
Tetapi tanpa disedari, pemikiran itu yang mengawal manusia. Bukannya manusia yang mengawal pemikirannya.
Hanya dengan solat minda kita akan stop. Fokus, alert dan sedar. Kita berada dalam situasi in control. Kita mengawal minda kita. Kita mengawal tubuh kita. Kita kawal ego kita. Kita kawal nafsu kita. Kita kawal kemahuan kita. So, bila sudah habis solat, segala pemikiran dan tindakan adalah dalam kesedaran kita, kerana kita fully in charge, full bar lagi. Sampai masanya, caj lagi cepat-cepat.
Walau dikelilingi oleh zombie, dan banyak zombie yang sentiasa cuba menggigit, tetapi apabila sampai masanya kita akan ambil semula antidote, iaitu solat. Dan dalam satu koloni zombie perlu ada 'manusia' untuk membantu zombie-zombie tersebut menjadi 'manusia' kembali.. Kembali ke jalan Nya yang lurus.
Bukankah amalan 'memerdekan' zombie/hamba itu satu perbuatan yang baik..
Kecuali solat yang dilakukan hanya dengan tubuh badan, tanpa minda dan hati yang turut serta.
Jadi, jangan zombi kan solat kita..
Kita 'dirikannya'!
p/s
Dalam trading, juga dalam banyak perkara, sangat sangat tersangat penting untuk fokus and alert.
No comments:
Post a Comment