
Hari ini..
Mendengar bunyian dan suara sudah menjadi satu perkara yang mudah.
Menikmati alunan irama juga menjadi sangat kebiasaan.
Ia sentiasa ada di sekeliling.
Tapi.
Apa kata sesekali kita 'mendengar suara kesenyapan'.
Mendengarnya dengan penuh teliti .
Menghayatinya.
Menikmatinya.
Hear and listen to it.
Feel it.
Experience it.
Senyap bukannya sunyi.
Kerana perkataan sunyi itu sudah banyak yang memberi definisi yang kurang positif.
Suara dan bunyian, tidak kira yang terindah atau yang terlantang tidak akan wujud tanpa kesenyapan.
Dalam kesenyapan kita boleh menemui suara dalaman diri yang sebenar..,
yang adakala tidak diendahkan kerana terlalu banyak noise di luar sana.
Sepertiga malam terakhir menjadi waktu paling best untuk menikmati dan menghayati kesenyapan.
Waktu terbaik untuk training mendengarnya.
Kesenyapan yang memberi ketenangan.
Memberi kejernihan dalam hati dan pemikiran.
Memberi ketepatan dalam pemikiran dan decision making.
Setiap kali mendengar suara atau bunyi.
Cuba reversekan pendengaran kita.
Dengari kesenyapan sebelum dan selepas bunyi itu.
Tiap kali mendengar orang lain berbicara..,
dengari detik tanpa suara yang ada pada waktu itu.
Seorang trader perlu belajar 'mendengar kesenyapan'.
Untuk melihat apa yang 'sebenarnya' terjadi di dalam market pada saat itu.
Untuk melihat 'isi' market.
Bukan sekadar melihat kulitnya.
Juga untuk tidak mendengar ilusi yang cuba didendangkan.
Kerana dalam market yang begitu besar...,
terlalu banyak 'noise' berbanding 'true voice' market itu sendiri.
Jadi kita perlu 'menapisnya'.
Bukan sekadar trader.
Tapi sesiapa saja.
Yang ingin melihat dunia dari perspektif yang sepatutnya.
Untuk menemukannya adalah lebih baik dari mencarinya...
No comments:
Post a Comment