Kanan dan kiri.
Dua benda yang penting, dan jika diabaikan salah atau, boleh menyebabkan ketidakseimbangan.
Dan yang menarik juga, kita especially Muslim disuruh untuk mengutamakan sebelah kanan. Bukan untuk melupakan terus kiri, tetapi dalam banyak hal, kanan perlu didulukan, dan dalam beberapa hal saja yang perlu didulukan kiri.
Tetapi jika meilihat dalam kehidupan seharian kita hari ini, ada beberapa perkara yang kiri lebih mendominasi sebab kita dah dibiasakan sejak dari kecil lagi.
.
Contoh yang mudah seperti,
Arah jam yang berputar dari kiri ke kanan juga. Kita dah biasa membaca jam dari kiri ke kanan. Tapi yang terbaru juga, ada jam yang dicipta dari kanan ke kiri, ikut seperti putaran tawaf. Ianya masih baru, jadi orang ambik masa nak sesuaikan diri dan menerimanya.
Dalam penulisan dan pembacaan rumi, bermula dari kiri ke kanan. Sedangkan jawi, dari kanan ke kiri. Quran yang dalam bahasa Arab juga dibaca dari kanan ke kiri. So, rajin-rajinla kita baca Quran, kerana sudah pasti ianya bagus untuk train otak kita yang dah banyak di install dengan software yang melawan arus. At least, otak kita tak malfunction ataupun hanged, atau corrupted. Still boleh berfungsi dengan baik di atas landasannya. Antivirus terbaik untuk otak kita.
Dalam trading juga, graf di metatrader juga dari kiri ke kanan. Saya sedang cuba melihat potensinya, what if analisis dari kanan ke kiri? Bagi saya, analisis teknikal tidak boleh dijadikan rujukan utama, kerana ianya adalah benda yang dah berlaku. But, maybe gambaran secara kasar boleh memberikan analisis pada saat itu, dengan syarat tiada faktor fundamental yang sedang berlaku. Anyway, ianya sedang dalam proses eksperimen, cuba melihat dari perspektif dan sudut yang berbeza. Mungkin ada sesuatu yang boleh 'dilihat'?. Especially sebagai support tambahan, di saat saat perlunya decision making yang pantas.
Actually saya sedang mendalami buku yang membahaskan tentang perkaitan antara solat dan perkembangan otak kanan.. Dalam mencapai keseimbangan pemikiran kita. Dapat dilihat bahawa dalam apa jua, we need to get back to basic. Kembali kepada lumrah kejadian kita. Apatah lagi solat mempunyai banyak lagi jutaan rahsia yang terpendam. Especially fungsinya dalam membangun otak dan minda kita. Ianya perlu dalam meneruskan kehidupan seharian, termasuklah dalam trading. Juga urusan harian yang lain, especially yang melibatkan analisis, problem solving, dan decision making. Dalam usaha menuju kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang.
Bukankah dalam azan, antaranya terkandung 'Marilah menuju kejayaan'.. Kerana dalam dunia hari ini, kita perlukan solat sebagai tiang penyokong, yang menentukan berdiri kukuh seseorang itu dalam perjuangan menuju kejayaan yang diimpikan, atau sebaliknya...
No comments:
Post a Comment